Peranan Kepimpinan Guru Dalam Mempengaruhi Iklim Bilik Darjah

Peranan Kepimpinan Guru Dalam Mempengaruhi Iklim Bilik Darjah Rating: 4,9/5 7827reviews
Peranan Kepimpinan Guru Dalam Mempengaruhi Iklim Bilik Darjah

Cen-tech 7 Function Digital Multimeter Manual here. Iklim dalam bilik darjah yang baik biasanya dikaitkan dengan kepatuhan dan keseronokan murid dan guru dalam. Guru perlu bijak mengubah peranan mengikut kehendak. Satu iklim bilik darjah. Dan pembelajaran di dalam bilik darjah FAKTOR YANG MEMPENGARUHI. Melalui kepimpinan guru dalam proses.

Artikel yang ditulis oleh Rahmad Sukor Ab. Acpi Pnp0700 Driver. Samad dan Shahrir Jamaludin daripada Universiti Malaya ini adalah berkenaan peranan guru sebagai pemimpin pengajaran dalam mempengaruhi iklim bilik darjah. Penyelidik menyatakan kajian ini penting kerana 1) tidak banyak kajian yang dibuat berkaitan kepimpinan guru di dalam bilik darjah, berbanding artikel berkaitan peranan dan kepimpinan Guru Besar dan Pengetua di sekolah. 2) kepimpinan bilik darjah adalah satu unit daripada systemic change yang melanda yang akan mempengaruhi keseluruhan keberkesanan sesebuah sekolah.

Perbezaan dalam pencapaian pelajar dalam sekolah juga dipengaruhi oleh perbezaan yang ketara dalam diri guru-guru yang menyumbang kepada kecemerlangan sesebuah sekolah. Artikel ini membincangkan ketidaktepatan persepsi guru mengenai kepimpinan bilik darjah. Guru beranggapan bahawa kepimpinan hanya terletak di bahu Guru Besar dan Pengetua, sedangkan gurulah sebenarnya berperanan sebagai pemimpin pengajaran manakala pentadbir sebagai penyelaras sahaja. Guru tidak mengutamakan kepimpinan bilik darjah, hanya mengutamakan pengurusan bilik darjah sahaja, iaitu pengurusan pengajaran dan pembelajaran dan sedikit pengurusan kelas dalam hal-hal berkaitan kebersihan dan disiplin bilik darjah. Penulis mengatakan perkara ini mungkin disebabkan oleh program latihan guru lebih berfokus dan menekankan kepada amalan didalam pengurusan bilik darjah. Banyak contoh tentang maksud kepimpinan mengikut orientalis dan pemikir barat juga disertakan. Pentadbir juga dilihat berperanan dalam memberi arahan, sumber dan sokongan kepada guru dan pelajar bagimemperbaiki pengajaran dan pembelajaran di sekolah, secara tidak langsung menyerlahkan peranan guru sebagai pemimpin pengajaran.

Seterusnya kepimpinan itu sendiri mempunyai hubungan secara langsung dengan proses-proses pengajaran di mana guru, pelajar dan kurikulum saling berinteraksi. Kepimpinan pengajaran guru inilah akhirnya bertindak sebagai pemangkin pembelajaran pelajar-pelajar. Faktor-faktor yang mempengaruhi iklim bilik darjah juga diterangkan di dalam artikel ini, bagaimana bilik darjah yang efektif itu sendiri seperti suasana harmoni, hubungan interpersonal antara guru-pelajar, keselamatan yang terjamin, keselesaan (kemudahan fizikal) serta kebersihan bilik darjah apabila diadun dengan agenda bilik darjah iaitu pematuhan kepada hak setiap anggota atau ahli, kebertanggungjawaban ahli, mematuhi peraturan dan rutin harian akan dapat mencapai kepimpinan bilik darjah yang berkesan. Artikel ini adalah satu kajian dan pandangan yang amat menarik tentang konsep kepimpinan guru dan pengaruhnya kepada iklim bilik darjah. Isu yang dibincangkan sangat menyeluruh dan pelbagai aspek telah disentuh dan dibincangkan dengan baik dan berkesan.